Assalamualaikum W.B.T......
Bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya blog ini dapat disiapkan atas bantuan rakan-rakan semua. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan dan berkongsi aktiviti dengan semua pelayar blog agar dapat mengenali ahli-ahli JBLinks. Channel JBLinks telah wujud pada pertengahan bulan Mei tahun 2004 dengan mempunyai seramai 3 orang ahli sahaja. Alhamdulillah hingga kini sudah pun menjangkau 5 tahun dan masih kekal lagi dengan nama ' JBLinks'. Kami mempunyai anggaran seramai lebih 50 ahli seluruh Semenanjung Malaysia.
Bagi mengumpul tabung JBLinks, kami mengenakan bayaran bulanan sebanyak RM 10.00. Wang tersebut kami gunakan sebagai derma kilat, aktiviti bulanan/tahunan dan sebagainya. Kami dari Channel JBLinks ingin menjemput dan mengajak anda menyertai JBLinks-ptt Group tidak kira dimana jua anda berada termasuk dari Sabah dan Sarawak. Insyaallah kalau ada rezeki kami akan mengujudkan laman web sendiri. Kepada semua pelayar blog ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekiranya anda terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan blog ini.
- SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG -
on JBL PUYANG